Sekolah Rendah Agama Kampung Medan
ALAMAT SEKOLAH
Sekolah Rendah Agama Kampung Medan,
Bt.9 42500 Telok Panglima Garang,
Bt.9 42500 Telok Panglima Garang,
Selangor Darul Ehsan.
TELEFON & FAKSIMILI
03-31222376
GRED SEKOLAH
(A)
EMAIL & LAMAN WEB
srakmedan@gmail.com / srakmedan.blogspot.com
SEJARAH SEKOLAH
SEJARAH PENUBUHAN
Sekolah Rendah Agama Kampung Medan didirikan atas perbincangan beberapa pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Medan Kuala Langat antaranya Tuan Haji Yusuf bin Mokti Tuan Haji Janterak bin Hasan Tuan Haji Husin bin Mokti En. Ghazali bin Zakaria serta beberapa orang lain. Mereka telah sebulat suara mengambil keputusan dan bersetuju bahawa Kampung Medan perlu diadakan Sekolah Agama khas untuk anak-anak Kampung Medan dan sekitarnya belajar agama.
Satu jawatankuasa dibentuk bagi menguruskan beberapa perkara iaitu untuk menyediakan tempat belajar mencari dan mendaftarkan kemasukan murid-murid serta memohon kebenaran dan kelulusan daripada Pejabat Agama Islam Selangor untuk penubuhan Sekolah.
Pada 01.10.1959 bersamaan hari Khamis Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Selangor telah membenarkan Jawatankuasa Penaja Sekolah menubuhkan sebuah Sekolah Agama di Kg. Medan Kuala Langat. Seorang guru lelaki telah dihantar untuk mengajar di sekolah tersebut, beliau ialah Ustaz Mohd Ali bin Othman.
SEKOLAH DIBUKA
Sesi persekolahan baru dibuka dengan bilangan murid seramai 66 orang murid iaitu 40 murid lelaki dan 26 murid perempuan serta seorang guru agama yang ditempatkan di sebuah surau berhampiran dengan jalan besar sehingga akhir tahun 1960 selama 1 tahun 3 bulan.
Murid seramai 66 orang telah dibahagi kepada 2 darjah iaitu darjah dua dan darjah tiga. Bilangan murid bertambah sehingga 87 orang. Oleh yang demikian pada 10.04.1960 seorang lagi guru telah dihantar oleh Bahagian Pelajaran Pejabat Agama Islam Selangor iaitu Ustazah Salwah binti Zakaria yang telah ditukarkan dari Sekolah Rendah Agama Jenjarom.
PENUTUPAN SEKOLAH
Pada awal tahun 1961 Sekolah ini telahpun ditutup sehingga tahun 1963 dengan alasan bilangan pelajar yang tidak mencukupi sebagaimana yang dikehendaki oleh Bahagian Pelajaran Pejabat Agama Islam Selangor dan bermula tahun tersebut pelajaran agama telahpun mula diajarkan di Sekolah Kebangsaan dan guru-guru agama mula ditempatkan di sekolah berkenaan. Sementara itu murid-murid di Sekolah kebangsaan yang telah diajar pelajaran agama tidak digalakkan ke sekolah agama. Ianya kerana murid-murid tidak dibenarkan menerima dua bantuan penuh bagi persekolahan mereka.
SEKOLAH BARU
Pada akhir tahun 1963, Ahli Jawatankuasa Sekolah dan penduduk kampung telah berusaha membina semula sekolah baru dengan bantuan kerajaan sebanyak RM5,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu sahaja).
Bangunan sekolah dibina dari kayu yang mempunyai 4 buah bilik darjah dan beratapkan zink telah didirikan diatas "Tanah Reserve" kerajaan Lot 3644.
SEKOLAH DIBUKA SEMULA
Pada awal tahun 1964 sekolah ini dibuka semula setelah mendapat kebenaran daripada bahagian pelajaran pejabat agama islam selangor dengan bilangan murid seramai 69 orang murid dan seorang guru iaitu Ustaz Mohammad Ali bin Othman
MEMOHON BANGUNAN SEKOLAH BARU
Setelah 16 tahun bangunan sekolah digunakan terdapat banyak kerosakan pada lantai tiang dan sebagainya. Ini amat membahayakan keselamatan guru dan murid. Maka pada 26.12.1978 Ahli Jawatankuasa Sekolah yang dipengerusikan oleh En. Alias bin Amri telah bermesyuarat dan bersepakat untuk memohon sebuah bangunan sekolah yang baru daripada pihak kerajaan dan telah mendapat kelulusan.
Pada 03.09.1979 bangunan sekolah baru telah didirikan, bersebelahan dengan bangunan sekolah yang lama dengan peruntukan sebanyak RM70,000.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Puluh Ribu Sahaja) yang diperolehi daripada kementerian pembangunan luar bandar. sekolah berbentuk separa batu, mempunyai 3 bilik darjah dan 1 bilik guru.
Sekolah baru siap dibina pada 02.05.1980 dan mula digunakan berkongsi dengan sekolah kebangsaan.
PERTAMBAHAN MURID
Memandangkan kemasukan bilangan murid bertambah setiap tahun dan kekurangan bilik darjah yang semakin ketara, sekali lagi Ahli Jawatankuasa Sekolah berusaha memohon peruntukan bantuan dari pihak kerajaan untuk tujuan penambahan bilik darjah oleh kerana pada akhir April 1983 bangunan sekolah yang lama telah dirobohkan kerana kerosakan yang amat teruk dan digantikan dengan banguna baru 4 bilik darjah yang menelan kos perbelanjaan sebanyak RM 100,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu Sahaja) projek seliaan JKR.
SRA Kg. medan kini memiliki 2 blok bangunan yang mengandungi 7 bilik darjah yang digunakan sehingga tahun 1991
Pada tahun 2005 SRAKM sekali lagi mendapat pertambahan bangunan iaitu sebanyak 2 blok bangunan yang dilengkapi dengan pejabat,bilik guru,bilik mesyuarat,pusat sumber dan dua puluh buah bilik darjah serta menjadi sekolah Gred A dengan jumlah murid melebihi 1,000 orang.
SENARAI GURU BESAR
BERTUGAS DI SRAKM
USTAZ MOHAMMAD ALI BIN OTHMAN
01.10.1959 hingga 01.01.1978
USTAZ HAJI HUSSIN BIN MOKTI
01.01.1978 hingga 30.04.1980
USTAZ GHAZALI BIN ABDUL HAMID
02.05.1980 hingga 14.05.1987
USTAZ HAJI JUMINGAN BIN MADUSIN
15.05.1987 hingga 13.08.1997
USTAZAH HAJJAH MAHMERAH BT HAJI SUPARDAN
16.08.1997 hingga 10.01.2003
USTAZ AHMAD KAMAL BIN HAJI ASMAWI
01.03.2003 hingga 30.11.2005
USTAZAH NOREHAN BINTI HAJI MAHAMUD
01.12.2005 hingga 30.06.2013
USTAZAH NORZIHAN BINTI AMAT
01.07.2013 hingga KINI
USTAZAH NORZIHAN BINTI AMAT
01.07.2013 hingga KINI