Sabda Nabi SAW :Wahai saudaraku Jibril,siapakah yang meremang bulu romaku dan gementar hatiku memandangnya?maka jawab Jibril : Wahai kekasih Allah,inilah Malik penjaga neraka.Allah menciptakan dia dari murka dan marahNya dan sejak Allah mencipta dan menugasnya menjaga neraka tiadalah bertambah dia terhadap musuh-musuhnya melainkan marah.Malaikat ini dengan Izrail tidak pernah tertawa,dekatilah dia dan ucapkanlah salam padanya.Maka aku pun mendekatinya dan mengucap salam tetapi tidak dijawab salamku.Jibril pun berkata:mengapa engkau tidak menjawab kekasih Allah dan penghulu semesta alam,sedangkan baginda-lah makhluk termulia disisi Allah dan Nabi pembawa rahmat?!Apabila Malik mendengarkan ituy bingkaslah beliau berdiri seraya berkata:Allah!Allah!maafkan aku duhai kekasih Allah!
Aku(Rasulullah)pun berkata kepadanya : Tunjukkanlah neraka kepadaku.jawab Malik : tiadalah aku berkuasa memutuskan perkara.Lalu terdengarlah seruan dari tuhan yang Maha Tinggi lagi Mulia : jaganlah menyalahi kekasihKu Muhammad! Ketika itu dibukalah tabir neraka,Maka kelihatanlah ia gelap gelita teradun dengan kemurkaan Allah.(Dikatakan bahawa api dunia itu bercahaya kerana ia telah direndam dalam laut Qudrat sebanyak 70 kali sehingga menjadi terang bercahaya dan dapat diambil manfaatnya).
Maka aku melihat di dalam neraka 70,000 lautan dari Ghisaalin(nanah).70,000 lautan Ghussaq(lelehan daging busuk).70,000 lautan dari Qathiraan(bolongan api) dan 70,000 lautan dari cairan timah hitam.di persisiran setiap laut ada seribu bandar dari neraka,dalam setiap bandar ada seribu istana dari neraka,dalam setiap istana ada 70,000 tabut dari neraka,dalam setiap tabut ada 70,000 peti dari neraka,dalam setiap peti ada tersimpan 70,000 jenis azab dan seksa.pada neraka itu aku melihat ular-ular sebesar pohon tamar yang tinggi serta kala jengking sebesar baghal.dan aku melihat pada neraka itu ada 70,000 telaga Zamharir(kesejukkan yang amat mencengkam)
Aku lihat disitu PEREMPUAN-PEREMPAN MENANGIS PILU MEMINTA TOLONG NAMUN TIADA SIAPA MENOLONGNYA,MERAYU-RAYU NAMUN TIADA DIKASIHANI.Aku bertanya : siapakah mereka itu wahai saudara ku duhai Jibril?jawab beliau : ITULAH PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG BERHIAS KEPADA LELAKI YANG BUKAN SUAMINYA.
Dan aku melihat PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG MEMAKAI SELUAR DARI BOLONG API DENGAN LEHER MASING-MASING DIBELENGGU BESI DAN RANTAI,Aku bertanya : siapakah mereka itu wahai saudara ku duhai Jibril?jawab beliau : MEREKALAH PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG MEMPERSENDAKAN SUAMINYA,YANG BERKATA KEPADA SUAMINYA BERTAPA JELEKNYA WAJAHMU,ALANGKAH BURUKNYA RUPAMU,BERAPA BUSUKNYA BAUMU.Tidakkah perempuan ini tahu bahawa yang menciptakan dirinya dan suaminya adalah tuhan yang Maha Esa.
Dan aku lihat PEREMPUAN-PEREMPUAH YANG TERBAKAR WAJAH-WAJAH MEREKA,LIDAH-LIDAH MEREKA TERJELIR HINGGA KE DADA,lalu aku pun bertanya : siapakah mereka itu wahai saudara ku duhai Jibril?jawab beliau : MEREKALAH PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG BERKATA KEPADA SUAMINYA MINTA DICERAI TANPA SEBAB.
Dan aku melihat PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG DIGANTUNG RAMBUTNYA,MENGGELEGAK ISI OTAKNYA SEPERTI GELEGAK PERIUK BELANGA,lalu aku bertanya : siapakah mereka itu wahai saudara ku duhai Jibril?jawab beliau : ITULAH PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG TIDAK MENUTUP RAMBUT-RAMBUT MEREKA DARIPADA PANDANGAN LELAKI YANG BUKAN MUHRIM.
Dan aku melihat PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG DIGANTUNG PADA RAMBUT MEREKA,DIRANTAI PADA BUAH DADA MEREKA DENGAI RANTAI-RANTAI API NERAKA,aku pun bertanya : siapakah mereka itu wahai saudara ku duhai Jibril?jawab beliau : MEREKALAH PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG MENYUSUKAN ANAK ORANG LAIN TANPA IZIN SUAMI-SUAMI MEREKA.
Dan aku lihat PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG DIGANTUNG KAKINYA DALAM DAPUR OVEN NERAKA,aku pun bertanya : siapakah mereka itu wahai saudara ku duhai Jibril?jawab beliau : MEREKALAH PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG MEMAKI SUAMINYA.
Dan aku lihat PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG HITAM WAJAHNYA MEMAKAN ISI PERUT SENDIRI,aku pun bertanya : siapakah mereka itu wahai saudara ku duhai Jibril?jawab beliau : ITULAH IBU-IBU AYAM YANG MENGHIMPUN LELAKI PEREMPUAN BERBUAT HARAM.
Dan aku lihat PEREMPUAN BERKEPALA SEPERTI BABI,BERBADAN SEPERTI KELDAI DIAZAB DIA DENGAN SERIBU JENIS SEKSA,aku pun bertanya : siapakah mereka itu wahai saudara ku duhai Jibril?jawab beliau : inilah PEREMPUAN PENGUMPAT YANG MENGHASUT PERMUSUHAN ANTARA SUAMINYA DENGAN JIRAN LAGI BERMULUT CELUPAR MENYEBARKAN UMPATAN DAN DUSTA DIKALANGAN MANUSIA.
Dan aku lihat PEREPUAN BERUPA ANJING DIHEMPUK KEPALANYA OLEH PARA MALAIKAT DENGAN BENTANAN BESI,aku pun bertanya : siapakah mereka itu wahai saudara ku duhai Jibril?jawab beliau : inilah PEREMPUAN YANG MENGADU DOMBA SESAMA MANUSIA DAN MENYEMAI KEBENCIAN ANTARA MEREKA.
Dan aku melihat kaum LELAKI TERBALIK WAJAH-WAJAH MEREK MEMIKUL DI BELAKANG BADAN MEREKA BONGKAH BATU DARI NERAKA SERTA PARA MALAIKAT MEMUKUL DENGAN BELANTAN BESI,aku pun bertanya : siapakah mereka itu wahai saudara ku duhai Jibril?jawab beliau :itulah KAUM HOMOSEKSUAL;LELAKI YANG MENDATANGI LELAKI DI DUNIA.
Dan aku lihat beberapa KAUM DIHADAPAN MEREKA TERHIDANG DAGING BAGUS DAN DAGING BUSUK,MEREKA MEMAKAN DAGING BUSUK DAN MENINGALKAN DAGING BAGUS.aku pun bertanya : siapakah mereka itu wahai saudara ku duhai Jibril?jawab beliau :Mereka itulah ORANG LELAKI YANG PUNYA ISTERIYANG HALAL TAPI DITINGGALNYA LALU PERGI BERBUATYANG HARAM(ZINA).
Dan aku melihat KAUM LELAKI DAN WANITA DEPAN MEREKA DITERBALIKKAN KE BELAKANG DAN BELAKANG MEREKA DITERBALIK KE DEPAN SAMBIL BELANTAN-BELANTAN TERUS MEMBELASAH MEREKA DAN PARA MALAIKAT MENGHERET MEREKA DIATAS MUKA-MUKA MEREKA,SITIAP KALI DIPUKUL MENYALA API DARI TUBUH MEREKA,aku pun bertanya : siapakah mereka itu wahai saudara ku duhai Jibril?jawab beliau :merkelah ORANG-ORANG YANG TAKABBUR MENYOMBONG DIRI KEPADA ORANG LAIN.
Dan aku melihat LELAKI DAN PEREMPUAN;BATANG BESI PEMANGGANG DARI NERAKA MEnYULA MEREKA DARI DUBUR KELUAR DARI MULUT MEREKA,aku pun bertanya : siapakah mereka itu wahai saudara ku duhai Jibril?jawab beliau :MEREKALAH TUANG-TUKANG UMPAT FITNAH,PENCELA DAN PENGEJEK.
Dan aku lihatKAUM LAKI-LAKI YANG DILEMPAR DENGAN BEBOLA API LALU TERKENA PADA MULUT DAN MATAMEREKA LANTAS TEMBUS KEBELAKANG TENGKUK MEREKA, aku pun bertanya : siapakah mereka itu wahai saudara ku duhai Jibril?jawab beliau : MEREKALAH YANG BERBOHONG KEPADA MANUSIA DAN MENGACAU DENGAN FITNAH.
Dan aku lihat PEREMPUAN-PEREMPUAN DI GANTUNG RAMBUT MEREKA PADA POKOK ZAQQUM,CAIRAN HAMIM DITUANG KE ATAS MEREKA LALU TERTANGGALLAH DAGING DARI TUBUH MEREKA, aku pun bertanya : siapakah mereka itu wahai saudara ku duhai Jibril?jawab beliau : MEREKALAH PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG MEMAKAN UBAT UNTUK MENGGUGURKAN KANDUNGAN MEREKA KERANA TAKUT MENANGGAUNG MAKAN MINUM DAN MEMBESARKAN ANAK YANG LAHIR KELAK.
Dan aku melihat PEREMPUAN-PEREMPUAN DIIKAT DENGAN IKATAN-IKATAN NERAKA,DIBUKAKAN MULUTNYA DAN DITUANGKAN KEDALAMNYA NYALAAN API NERAKA DAN TEMBUS KELUAR DARI PERUT MEREKA,aku pun bertanya : siapakah mereka itu wahai saudara ku duhai Jibril?jawab beliau : MEREKALAH PEREMPUAN YANG MENYANYI TANPA TAUBAT.
Dan aku lihat PEREMPUAN-PEREMPUAN DIATAS KEPALAN MEREKA BOLONG API NERAKA DAN ULAR MEMATUK MEREKA, aku pun bertanya : siapakah mereka itu wahai saudara ku duhai Jibril?jawab beliau : itulah PEREMPUAN MENGAMBIL UPAH MENANGISI JENAZAH ,MEREKA MENGERJAKAN LARANGAN ALLAH DAN MEREKA MATI TANPA TAUBAT.
Dan aku lihat LELAKI PEREMPUAN DI DALAM API YANG MENYALA-NYALA SEDANG API DI DALAM PERUT MEREKA BERDENGUNG-DENGUNG MASUK DARI DUBUR MEREKA DAN KELUAR PADA MULUT MEREKA, aku pun bertanya : siapakah mereka itu wahai saudara ku duhai Jibril?jawab beliau : MEREKALAH ORANG-ORANG YANG MEMAKAN HARTA ANAK YATIM DENGAN TIDAK BERHAK,SESUNGGUHNYA YANG MEREKA MAKAN KE PERUT MEREKA ADALAH API NERAKA DAN MEREKA AKAN DIPANGGANG DI NERAKA SA’IR YANG MENYALA-NYALA.
Dan aku melihat LELAKI PEREMPUAN DIBERI MINUM NANAH DAN DANUR;APABILA MASUK SAJA KE PERUT KOYAK-RABAKLAH KULIT MEREKA,KEMUDIAN KEMBALI KEPADA CIPTAAN ASAL. aku pun bertanya : siapakah mereka itu wahai saudara ku duhai Jibril?jawab beliau : MEREKALAH ORANG YANG MAKAN RIBA.
Dan aku lihat LELAKI PEREMPUAN KEPALA MEREKA TENGGELAM DALAM NERAKA JAHANNAM DAN DI TUANG KE ATAS MEREKA SIKSA AIR PANAS DAN SEJUK MEMBEKU DAN MEMBUAT MEREK TERBAKAR HANGUS LALU BERCERAILAH DAGING MEREKA. aku pun bertanya : siapakah mereka itu wahai saudara ku duhai Jibril?jawab beliau : MEREKALAH ORANG-ORANG YANG MENGACUM PERMUSUHAN DI KALANGAN MANUSIA.
Dan aku lihat PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG TELAH DISUMPAH MENJADI LEGAM SEPERTI MINYAK HITAM, aku pun bertanya : siapakah mereka itu wahai saudara ku duhai Jibril?jawab beliau : MEREKALAH PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG MEWARNAKAN RAMBUT MEREKA DAN MENGUBAH CIPTAAN ALLAH.
Dan aku lihat betapa neraka itu dengan segala ahwalnya yang menggerunkan lagi azab siksa yang amat dahsyat tidak mampu ditanggung oleh batu mahupun besi.Bertapa gerunnya akumenyaksikan neraka hingga ngerilah jiwaku mengenang umatku yang dhaif dan aku mendapati kebanyakkan ahli neraka itu WANITA.kemudian pintu neraka tertutup seperti sedia kala.
(petikan ini diambil dari buku yang bertajuk "ISRAK MIKRAJ RIWAYAT SAIYIDINA ABDULLAH IBN AL-ABBAS"karangan Syiekh Dr. Mahmoud MrGlani yang di terjemahkan oleh Ustz Rahmat ShaZlee)